Selamat Datang ke Dasar Privasi kami.
Tinjauan GlobalWebIndex dijalankan oleh Trendstream Limited. Kami adalah sebuah syarikat penyelidikan yang bermatlamat untuk memahami pendapat pengguna internet.
Privasi anda menjadi keutamaan kami. Jadi, di halaman ini kami telah menggariskan maklumat yang kami kumpul tentang anda, bagaimana kami menggunakannya dan di mana kami menyimpannya.
Kami telah cuba untuk menjadikan semua yang berikut seberapa jelas dan ringkas yang boleh, tetapi jika anda mempunyai soalan, anda boleh menghubungi kami, dan kami akan bersedia membantu. (Sila lihat bahagian “Hubungi Kami” di bawah.)
Matlamat dasar
Dasar Privasi ini bertujuan memberitahu anda mengenai bagaimana kami mengumpul dan memproses maklumat yang diberi kepada kami apabila anda melengkapkan salah satu daripada tinjauan kami , dan juga maklumat yang anda pilih untuk dikongsikan dengan kami atau mana-mana laman web pihak ketiga yang mengehos tinjauan kami. Sebarang maklumat yang kami kumpulkan adalah tertakluk kepada Dasar Privasi kami yang berkuat kuasa pada waktu maklumat tersebut dikumpulkan.
Adalah penting bahawa anda membaca Dasar Privasi ini bersama mana-mana pemberitahuan privasi atau pemberitahuan pemprosesan secara adil yang kami mungkin keluarkan pada waktu-waktu tertentu apabila kami mengumpulkan atau memproses data peribadi mengenai anda, supaya anda benar-benar sedar tentang bagaimana dan mengapa kami menggunakan data anda. Dasar Privasi ini adalah tambahan kepada pemberitahuan lain dan tidak bertujuan untuk mengatasinya.
Apa yang kami lakukan
Matlamat kami adalah untuk membantu syarikat-syarikat memahami bagaimana dan mengapa orang ramai menggunakan internet, dan bagaimana perasaan mereka mengenai pelbagai jenama, produk, perkhidmatan dan kempen pemasaran. Oleh itu, kami menjalankan kajian secara berkala di serata dunia, bercakap dengan beratus ribu orang pada setiap tahun untuk bertanya mereka apakah yang mereka lakukan di internet, peranti apa yang mereka miliki, dan apakah pendapat mereka mengenai pelbagai topik.
Menggunakan hasil kajian yang dijalankan, kami membantu pelanggan kami untuk memahami ciri-ciri dan demografi ketanpanamaan orang yang melawat laman, menggunakan produk dan perkhidmatan atau melihat pengiklanan mereka Secara ringkasnya, kami membantu jenama dan organisasi memahami khalayak dalam talian.
Perubahan dalam Dasar Privasi
Kami mungkin mengubah dasar ini dari masa ke semasa. Walaupun kami akan berusaha untuk memastikan bahawa sebarang perubahan yang sedemikian adalah kecil, dan kami akan memaklumkan anda dan, jika sesuai, meminta kebenaran anda jika kami ingin membuat perubahan besar dalam cara kami menggunakan data anda, namun kami mengesyorkan agar anda merujuk Dasar Privasi ini secara berkala untuk mendapatkan maklumat terkini.
Data yang kami kumpulkan mengenai anda
Data peribadi bermaksud sebarang maklumat mengenai seorang individu yang membolehkan dirinya dikenali. Kami mungkin mengumpulkan, mengguna, menyimpan dan memindahkan pelbagai jenis data mengenai anda:
- Data Pengenalan Sebagai sebahagian kajian kami, kami mungkin memberi suatu pengenal unik generik (contohnya dalam bentuk serangkai nombor dan/atau abjad) kepada data yang kami kumpulkan daripada anda.
- Data Tinjauan Apabila anda melengkapkan suatu tinjauan, kami mengumpulkan jawapan anda kepada soalan dalam tinjauan tersebut
- Data Teknikal Sebagai sebahagian daripada kajian kami, kami juga mungkin mengumpulkan alamat protokol internet (IP) anda, jenis dan versi pelayar, tetapan zon waktu dan lokasi, jenis pelayar pasang masuk dan versinya, sistem Pengendalian (jenis dan versi) dan maklumat tentang peranti (jenis dan versi) yang anda guna untuk mengakses dan melengkapkan tinjauan ini.
- Kuki Seperti banyak laman web dan tinjauan lain, kami menggunakan “kuki” dan teknologi pacuan analitik yang serupa. Lihat bahagian “Kuki” di bawah dan dasar Kuki kami [disediakan di sini) [link]) untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai penggunaan kuki oleh pihak kami.
Di mana kami menggabungkan Data Pengenalan bersama data lain yang kami kumpulkan daripada anda, kesemua data gabungan tersebut dilayan sebagai data peribadi.
Sesetengah daripada jawapan anda dalam tinjauan mungkin mendedahkan maklumat mengenai diri anda yang dianggap data peribadi “berkategori khas” (ini mungkin termasuk butir-butir mengenai bangsa atau keturunan, kesihatan, orientasi seksual atau pandangan politik. Kami hanya akan bertanya soalan-soalan yang berkaitan dengan data berkategori khas di mana kami dibenarkan untuk berbuat demikian oleh undang-undang di bawah bidang kuasa anda). Kami hanya akan bertanya soalan-soalan yang berkaitan dengan data berkategori khas di mana kami dibenarkan untuk berbuat demikian oleh undang-undang di bawah bidang kuasa anda. Kami juga akan memberi anda pilihan untuk “tidak ingin memberitahu” sebagai jawapan kepada sebarang soalan yang berkaitan dengan mana-mana kategori data yang khas
Bagaimana data anda dikumpulkan?
Kami menggunakan cara-cara berbeza untuk mengumpul data daripada dan mengenai anda termasuklah melalui:
- Interaksi secara langsung Anda memberi kami Data Tinjauan anda apabila anda melengkapkan salah satu daripada tinjauan kami.
- Teknologi atau interaksi berautomat. Sementara anda melengkapkan tinjauan dalam talian, kami mungkin mengumpul Data Teknikal mengenai perkakasan, aktiviti dan corak pelayaran anda. Kami mengumpulkan data peribadi ini dengan menggunakan kuki dan teknologi lain yang serupa. Kami juga mungkin menerima Data Teknikal tentang anda jika anda melawat laman web lain menggunakan kuki kami. Sila lihat dasar kuki kami [LINK] untuk maklumat lanjut.
Bagaimana kami menggunakan data anda
Apabila anda mendaftar di sebuah laman tinjauan, secara lazimnya mereka akan meminta anda memberitahu mereka beberapa perkara mengenai diri anda, yang mungkin termasuk nama atau alamat e-mel anda. Kami tidak akan sekali-kali mempunyai akses kepada nama atau alamat e-mel anda dan kami tidak akan meminta laman tinjauan tersebut untuk memberi maklumat sedemikian kepada kami.
Meski pun soalan tinjauan kami meminta maklumat mengenai diri anda, tingkah laku anda dalam talian dan kepercayaan anda, kami tidak menggunakan maklumat ini untuk mengenali anda secara peribadi
Kami juga mengumpul Data Tinjauan anda bersama dengan Data Tinjauan yang kami terima daripada individu lain yang melengkapkan tinjauan kami untuk menghasilkan Data Tinjauan Beragregat. Kami memberi akses kepada Data Tinjauan Beragregat seperti ini kepada pelanggan-pelanggan kami sebagai sebahagian daripada perkhidmatan yang kami beri kepada mereka. Mengumpul data dengan cara ini membolehkan kami dan pelanggan kami membuat analisa jawapan kepada tinjauan beragregat untuk memahami tingkah laku pengguna internet. Walau pun Data Tinjauan Beragregat seumpama ini boleh didapati dari data peribadi, sifatnya yang beragregat bermaksud para pelanggan kami tidak dapat mengenali responden tinjauan secara individu berdasarkan maklumat yang diberikan kepada mereka..
Kami menggunakan kuki untuk mendapatkan perkaitan antara Data Tinjauan dan interaksi anda dengan laman web pelanggan atau kempen iklan kami. Perkaitan ini dibuat untuk membantu pelanggan-pelanggan kami memahami profil khalayak yang berinteraksi dengan laman web atau kempen iklan, untuk menilai keberkesanan dan penyasaran kempen iklan mereka atau untuk mencipta khalayak yang “seiras” untuk penyasaran iklan. Maklumat lanjut mengenai bagaimana kami menggunakan kuki bersama rakan-rakan kongsi kami dikemukakan dalam bahagian kuki di bawah. Penjejakan tingkah laku dalam talian untuk memahami pilihan peribadi ini biasanya dirujuk sebagai pemprofilan.
Jika kami mendapati ada perkaitan di antara Data Tinjauan dengan interaksi anda bersama laman web pelanggan atau kempen iklan kami, kami mungkin menjemput anda untuk menyertai satu tinjauan tambahan yang berkaitan dengan laman web pelanggan, kempen iklan atau jenama kami. Kami menggunakan Data Tinjauan tambahan yang anda berikan untuk mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam bagi pelanggan kami mengenai keberkesanan kempen atau laman web mereka.
Terdapat banyak sebab mengapa maklumat yang kami kumpulkan daripada anda, mungkin membantu kami dan pelanggan-pelanggan kami setelah ia diagregat dan/atau diberi nama samaran. Bagi pelanggan-pelanggan kami, ia digunakan untuk memahami demografi orang ramai yang melawat laman web, menggunakan produk/perkhidmatan atau melihat iklan mereka. Bagi kami pula, ia membantu kami menjemput orang yang betul untuk mengambil bahagian dalam kajian kami dan juga membenarkan kami untuk membina gambaran bagaimana orang dari kumpulan lain yang serupa mungkin menjawab sesuatu soalan atau mengenai perkara yang mereka mungkin lakukan di internet. Sebagai contoh, jika anda memberitahu kami bahawa anda seorang lelaki berumur antara 25-34, mungkin kami akan menggabungkan jawapan anda dengan jawapan daripada ratusan ribuan lelaki lain yang berumur 25-34 untuk lebih memahami kumpulan tersebut.
Asas kami dalam memproses data anda
Kami hanya akan menggunakan data peribadi anda apabila undang-undang membenarkan. Kami telah menghuraikan kesemua cara yang kami bercadang untuk menggunakan data peribadi anda dalam format jadual di bawah, dan asas perundangan yang manakah yang membolehkan kami berbuat demikian. Kami juga telah mengenal pasti apakah minat kami yang sah di mana berkenaan.
Sila ambil perhatian bahawa kami mungkin memproses data peribadi anda bagi lebih daripada satu sebab yang menurut undang-undang bergantung kepada tujuan khusus mengapa kami menggunakan data anda.
Tujuan/Aktiviti
|
Jenis data
|
Asas yang sah bagi memproses termasuk minat
|
Untuk menambah respons tinjauan anda kepada set data teras kami (selain daripada mana-mana kategori data yang khas).
|
Respons tinjauan
|
Kami memproses data seumpama ini untuk membolehkan kami mengekalkan set data teras kami.
Pemprosesan seumpamanya adalah perlu bagi kepentingan kami yang sah (ia membolehkan kami memberi perkhidmatan kami kepada pelanggan kami).
|
Untuk memproses kategori data khas yang dihantarkan di dalam respons Tinjauan anda
|
Respons Tinjauan
|
Kami memproses data seumpama ini setelah mendapatkan persetujuan khusus anda
|
Untuk mengendalikan hubungan kami dengan anda yang akan termasuk meminta rakan kongsi pihak ketiga kami untuk menghubungi anda jika kami ingin anda melengkapkan tinjauan tambahan.
|
(a) kuki
(b) pengenal unik
|
Perlu bagi kepentingan kami yang sah (untuk membolehkan kami menghubungi anda bagi melengkapkan tinjauan lanjut yang mungkin menjadi minat pelanggan-pelanggan kami).
|
Untuk memantau keberkesanan kempen pengiklanan pelanggan-pelanggan kami
|
(a) kuki
(b) pengenal unik
|
Perlu bagi kepentingan kami yang sah (untuk membantu pelanggan-pelanggan kami dalam memahami bagaimana pengguna akhir berinteraksi dengan kempen pengiklanan dan laman web mereka).
|
Untuk menambah respons tinjauan tambahan anda kepada set data teras kami.
|
Respons Tinjauan
|
Kami memproses data seumpama ini untuk membolehkan kami mengekalkan set data teras kami.
Pemprosesan seumpamanya adalah perlu bagi kepentingan kami yang sah (ia membolehkan kami memberi perkhidmatan kami kepada pelanggan kami).
|
Untuk membekalkan pelanggan-pelanggan kami dengan hasil statistik tinjauan tambahan yang diubahsuai mengikut kempen pengiklanan, laman web atau jenama mereka.
|
Respons Tinjauan
|
Kami memproses data seumpama ini untuk membekalkan hasil kiraan statistik kepada pelanggan-pelanggan kami mengenai tinjauan-tinjauan yang kami telah jalankan berkaitan kempen, laman web atau jenama mereka.
Pemprosesan seumpamanya adalah perlu bagi kepentingan kami yang sah (ia membolehkan kami memberi perkhidmatan kami kepada pelanggan kami).
|
Untuk menilai ketepatan pengiklanan dalam talian.
|
(a) kuki
(b) pengenal unik
|
Perlu bagi kepentingan kami yang sah (untuk membantu pengiklan dalam memahami demografi pengguna akhir yang berinteraksi dengan kempen pengiklanan mereka).
|
Untuk pemodelan data
|
kuki
|
Perlu bagi kepentingan kami yang sah (untuk membantu pengiklan dalam memahami demografi pengguna akhir yang berinteraksi dengan kempen pengiklanan mereka).
|
Untuk menyetarakan kuki (lihat ‘untuk menyetarakan kuki dengan kuki milik pekongsi kami seperti di bawah)
|
(a) kuki
(b) pengenal unik
|
Jika data itu termasuk dalam kategori khas, kami memprosesnya dengan mendapatkan persetujuan khusus anda terlebih dahulu,
Jika data tidak termasuk dalam kategori khas, kami akan memproses data seperti mana ia diperlukan untuk kepentingan sah kami (untuk membantu pengiklan memahami demografi pengguna akhir yang berinteraksi dengan kempen pengiklanan mereka)
|
Perubahan tujuan
Kami akan hanya menggunakan data peribadi anda bagi tujuan kami mengumpulnya, kecuali kami dapat mempertimbangkan secara munasabah bahawa kami perlu menggunakannya untuk sebab lain dan sebab tersebut adalah bersesuaian dengan tujuan asalnya. Jika anda ingin mendapatkan penjelasan mengenai bagaimana pemprosesan untuk sebab yang baharu ini bersesuaian dengan tujuan asal, sila hubungi kami.
Jika kami perlu menggunakan data peribadi anda untuk tujuan yang tidak berkaitan, kami akan meminta pengendali laman tinjauan yang digunakan oleh anda untuk melengkapkan tinjauan kami agar memberitahu anda dan mereka akan menjelaskan asas perundangan yang membenarkan kami memproses data peribadi bagi tujuan sedemikian yang tidak berkaitan.
Sila ambil perhatian bahawa kami mungkin memproses data peribadi anda tanpa pengetahuan atau keizinan anda, selaras dengan peraturan di atas, di mana ini diperlukan atau dibenarkan di bawah undang-undang.
Kuki
Kuki ialah fail kecil yang mengandungi serangkai aksara yang dihantar ke peranti anda apabila anda melawat sesebuah laman web. Apabila anda mengambil bahagian dalam kajian kami, kami dan/atau rakan-rakan kongsi pihak ketiga kami mungkin menggunakan kedua-dua sesi kuki (yang akan luput sebaik sahaja anda menutup pelayar web anda) dan kuki gigih (yang kekal di peranti anda sehingga anda menghapuskannya atau ia menjadi luput-biasanya selepas 1 tahun). Maklumat lanjut berkaitan kuki yang kami dan/atau rakan-rakan kongsi pihak ketiga kami mungkin menggunakan dinyatakan di dalam pemberitahuan kuki yang diberikan kepada anda di permulaan setiap tinjauan dan dasar kuki kami pula didapati di sini [pautan]
Kami berserta rakan-rakan kongsi kami menggunakan kuki untuk memberi anda pengalaman pengguna terbaik, dan juga untuk menjejaki aktiviti anda dalam talian bagi tujuan berikut:
- Untuk menjemput anda mengambil bahagian di dalam tinjauan akan datang. Jika kuki kami memberitahu anda bahawa anda telah melihat kempen pengiklanan atau melawat sebuah laman web yang menjadi minat salah seorang pelanggan kami, kami mungkin menjemput anda untuk menyertai sebuah tinjauan di mana kami meminta anda memberi pendapat anda mengenainya. Andainya kami memilih untuk menjemput anda menyertai sesuatu tinjauan, ini adalah kerana kami rasa respons anda akan membantu pelanggan kami memahami bagaimana perasaan orang ramai mengenai nya atau menggunakan laman webnya, dan/atau memastikan sama ada pengiklanannya berkesan. Anda hanya akan dijemput untuk melengkapkan sesuatu tinjauan berdasarkan penjejakan kuki anda di mana kami telah mengenal pasti bahawa respons anda kepada tinjauan tambahan mungkin menimbulkan minat khusus di kalangan pelanggan-pelanggan kami.
- Untuk menilai ketepatan pengiklanan yang disasarkan. Ramai pengiklan cuba menggunakan teknologi dan algoritma untuk menyampaikan komunikasi pemasaran kepada kumpulan pengguna yang khusus. Kualiti data ini sangat berbeza-beza, dan kadangkala anda mungkin melihat iklan-iklan yang tidak relevan sama sekali bagi diri anda. Kami membantu para pengiklan memahami ketepatan penyasaran mereka dengan memadankan respons awanama anda di dalam sesuatu tinjauan (misalnya umur dan jantina) kepada sesuatu kuki yang telah dikaitan dengan iklan dalam talian.
- Untuk pemodelan data. Seperti yang dinyatakan di atas, pengiklan suka menyasarkan iklan-iklan mereka kepada jenis-jenis orang yang tertentu.. Dengan memerhatikan tingkah laku kumpulan-kumpulan kuki tanpanama dalam talian, anggaran dapat dibuat mengenai bagaimana mungkin kumpulan-kumpulan itu berkongsi ciri-ciri yang sama – walaupun jika satu kumpulan telah mengisytiharkan sesuatu maklumat khusus tentang diri mereka dan yang satu lagi belum. Kami membantu pengiklan memahami kebarangkalian tingkah laku kumpulan-kumpulan orang yang besar yang berinteraksi dengan kempen mereka menggunakan kuki untuk menjejaki interaksi orang yang telah melengkapkan salah satu tinjauan kami melalui kempen sedemikian.
- Untuk menyetarakan kuki kami dengan kuki rakan-rakan kongsi kami. Kami membantu rakan-rakan kongsi kami dalam memahami siapa yang berinteraksi dengan laman web atau kempen pengiklanan mereka dalam proses yang dikenali sebagai penyelarasan kuki dengan memberikan pengenal unik kami kepada mereka untuk membolehkan mereka mengenal pasti sama ada mereka sudah pun memegang maklumat berkaitan peranti itu di mana kuki kami disimpan. Apabila sesorang rakan kongsi mengenal pasti bahawa mereka ada memegang maklumat berkaitan responden tinjauan kami, kami mungkin akan berkongsi respons tinjauan responden sedemikian dengan mereka supaya mereka mungkin menghubungkannya dengan maklumat lain yang mereka ketahui mengenai responden seperti itu bagi tujuan analitik atau pemodelan seiras. Data yang dipindahkan ini tidak akan digunakan secara langsung untuk menyasarkan iklan, menghantar pesanan atau perkhidmatan kepada anda.
Nota penting mengenai kuki Apabila anda menyertai salah satu tinjauan kami, kami akan meminta anda bersetuju kepada penetapan dan pembacaan kuki kepunyaan kami dan rakan-rakan kongsi pihak ketiga kami dari pelayar anda.
Kami sentiasa mahukan anda mengawal maklumat yang anda kongsikan bersama kami, dan terdapat beberapa cara anda boleh memadam atau menghapuskan kuki pada bila-bila masa, termasuk dengan mengikut arahan dalam fail bantuan di pelayar internet anda. Tetapi jika anda ingin memberitahu kami sekarang juga bahawa anda tidak mahu kami menggunakan kuki, maka anda boleh memilih untuk keluar dari proses ini di sini.
Jika anda memilih untuk keluar daripada penyetaraan kuki kami dengan rakan-rakan kongsi kami, anda boleh juga memilih untuk keluar daripada dasar kuki rakan-rakan kongsi kami dengan mengakses pautan yang terdapat di pemberitahuan kuki kami di sini [pautan].
Apabila anda memilih untuk keluar, kami menghapuskan nilai-nilai sedia ada pada peranti anda dan menggantikannya dengan nilai “pilih keluar” yang memaklumkan pelayan kami supaya tidak terus menjejaki tingkah laku anda, dan kami akan berhenti melayan permintaan-permintaan yang seterusnya dari pelayar anda. Sila ambil perhatian bahawa jika anda menghalang kuki, proses pilih keluar kami mungkin tidak akan berfungsi dengan betul. Sila juga ambil perhatian bahawa jika anda memilih untuk keluar sekarang, tetapi pada satu masa yang akan datang, anda bercadang untuk menghapuskan, menghalang atau mengehadkan kuki, atau jika anda menggunakan peranti atau pelayar internet lain, anda perlu memperbaharui pilihan untuk keluar yang anda telah buat.
Jika anda bercadang untuk pilih keluar daripada proses kuki kami di satu masa akan datang dan bukan sekarang, anda masih boleh melawat laman tinjauan asal di mana anda menerima jemputan pertama untuk menyertai salah satu tinjauan kami, dan maklumkan kepada mereka. Sebagai alternatif, anda juga boleh kembali ke halaman pilih keluar Trendstream ini.
Pendedahan data peribadi anda
Kami mungkin mendedahkan data anda kepada pihak ketiga seperti:
- Ahli-ahli lain dalam kumpulan syarikat kami;
- Pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang dibenarkan yang memberi perkhidmatan teknologi maklumat dan pentadbiran kepada kami untuk membantu kami dalam membekalkan perkhidmatan kami;
- Penasihat professional termasuk peguam, pegawai bank, pegawai audit dan ahli insurans yang memberi perkhidmatan merunding, perbankan, perundangan, insurans dan perakaunan;
- Pihak ketiga yang kami mungkin memilih untuk menjual, memindahkan, atau menggabungkan sebahagian perniagaan atau aset kami. Secara alternatif, kami mungkin cuba mendapatkan perniagaan lain atau bergabung dengan mereka
- Pelanggan kami yang telah kami bersetuju untuk memberi akses kepada Data Tinjauan Beragregat, atau kami telah bersetuju menjalankan tinjauan bagi pihak mereka, atau membantu mereka dalam memantau keberkesanan kempen pengiklanan mereka, atau menyetarakan kuki dengan mereka.
Kami memerlukan semua pihak ketiga untuk menghormati keselamatan data peribadi anda dan mengendalikannya seperti mana yang dikehendaki oleh undang-undang. Kami tidak membenarkan pembekal perkhidmatan pihak ketiga kami menggunakan data peribadi anda untuk tujuan mereka yang tersendiri dan hanya membenarkan mereka memproses data peribadi anda untuk tujuan khusus dan menurut arahan kami. Jika terdapat perubahan dalam perniagaan kami, maka pemilik baharu boleh menggunakan data peribadi anda seperti mana yang dinyatakan di dalam pemberitahuan privasi ini.
Sila ambil maklum bahawa walaupun kami tidak akan menggunakan maklumat yang kami terima, atau sebarang maklumat teknikal yang kami kumpulkan (seperti jenis/penetapan pelayar dan alamat IP anda) untuk mengenali anda, kami tidak akan mengetahui sepenuhnya apakah maklumat lain mengenai anda yang telah pun dipegang oleh pihak ketiga, dan ada kemungkinan bahawa pihak ketiga dapat memautkan maklumat yang kami berikan kepada maklumat lain yang anda pernah kongsikan secara terus bersama mereka. Sebagai contoh, pihak ketiga seperti pelanggan kami (dan pelanggan mereka sendiri) mungkin mempunyai pangkalan data mereka sendiri, dan mungkin anda telah membenarkan mereka memegang maklumat mengenai diri anda yang boleh membenarkan mereka memadankan rekod mereka dengan data yang kami berikan. Begitu juga, jika kami berkongsi data dengan rangkaian sosial, mungkin mereka dapat memadankan data kami dengan maklumat lain mengenai anda yang anda telah benarkan mereka pegang. Sila ambil perhatian bahawa pihak ketiga hanya dapat membuat “pemadanan” ini jika anda telah memberi mereka kebenaran khusus untuk menggunakan data anda dengan cara tersebut.
Pemindahan antarabangsa
Kami berkongsi data peribadi anda dengan syarikat lain dalam kumpulan kami. Ini akan melibatkan pemindahan data anda di luar Kawasan Ekonomi Eropah (EEA). Beberapa pembekal perkhidmatan pihak ketiga kami berada di luar Kawasan Ekonomi Eropah (EEA) oleh itu pemprosesan data peribadi anda akan melibatkan pemindahan data di luar EEA.
Bila-bila kami memindahkan data peribadi anda ke luar EEA, kami memastikan terdapatnya tahap perlindungan yang sama dengan memastikan sekurang-kurangnya satu daripada pelindung berikut dilaksanakan:
- Kami hanya akan memindahkan data peribadi anda ke negara-negara yang dianggap memberikan tahap perlindungan yang mencukupi untuk data peribadi oleh Suruhanjaya Eropah.
- Di mana kami menggunakan pembekal perkhidmatan tertentu, kami mungkin menggunakan kontrak khusus yang diluluskan oleh Suruhanjaya Eropah yang memberi perlindungan yang mencukupi kepada data peribadi.
- Di mana kami menggunakan pembekal yang berada di Amerika Syarikat, kami mungkin memindahkan data kepada mereka jika mereka menyertai Privacy Shield yang memerlukan mereka memberi perlindungan yang mencukupi kepada data peribadi yang dikongsikan di antara Eropah dan Amerika Syarikat.
Keselamatan data
Kami telah mewujudkan langkah-langkah keselamatan yang sesuai untuk mengelakkan data peribadi anda daripada hilang secara tidak sengaja, digunakan atau diakses dengan cara yang tidak dibenarkan, diubah atau didedahkan. Sebagai tambahan, kami menghadkan akses data peribadi anda kepada pekerja, agen, kontraktor dan pihak ketiga lain yang perlu tahu atas sebab perniagaan. Mereka akan hanya memproses data peribadi anda atas arahan daripada kami dan mereka tertakluk kepada tanggung jawab kerahsiaan.
Kami telah mewujudkan prosedur-prosedur untuk mengendalikan sebarang perlanggaran data peribadi dan akan memberitahu anda dan mana-mana pengawal selia yang berkenaan mengenai perlanggaran di mana kami tertakluk di bawah undang-undang untuk berbuat demikian.
Berapa lamakah anda akan menggunakan data peribadi saya?
Kami hanya akan menyimpan data peribadi anda bagi satu tempoh yang perlu untuk memenuhi tujuan kami mengumpulkannya, termasuk bagi tujuan memenuhi sebarang keperluan undang-undang, perakaunan, atau laporan.
Untuk menentukan tempoh penyimpanan yang sesuai bagi data peribadi, kami mempertimbangkan amaun, jenis, dan sensitiviti data peribadi tersebut, potensi risiko bahaya dari penggunaan tanpa kebenaran atau pendedahan data peribadi anda, tujuan kami memproses data peribadi anda dan sama ada kami boleh mencapai tujuan tersebut melalui cara lain, serta keperluan perundangan yang berkenaan.
Dalam keadaan tertentu kami mungkin merahsiakan nama data peribadi anda (supaya ia tidak boleh lagi dikaitkan dengan anda) bagi tujuan penyelidikan atau statistic, di mana kami mungkin menggunakan maklumat ini bagi satu tempoh yang tidak tentu tanpa memberi sebarang notis kepada anda.
Hak anda dari segi undang-undang
Di bawah keadaan-keadaan tertentu, anda mempunyai hak di bawah undang-undang perlindungan data berkaitan data peribadi anda. Sila klik pada pautan di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai hak-hak ini:
- Hak mengakses: hak anda untuk mendapat pengesahan sama ada atau tidak data peribadi sedang diproses, dan, jika ya, akses kepada data peribadi di samping butir-butir mengenai cara pemprosesan.
- Hak pembetulan hak anda untuk mendapatkan pembetulan data peribadi yang tidak tepat.
- Hak mudah-alih: hak anda untuk menerima data peribadi berkaitan yang dibekalkan kepada kami, dalam format berstruktur, biasa digunakan dan boleh dibaca oleh mesin.
- Hak untuk dilupakan: hak anda untuk memadamkan data peribadi anda.
- Hak untuk mengehadkan pemprosesan: hak anda untuk ‘membekukan’ data, disimpan dan tidak diproses lanjut.
- Hak untuk membantah: hak anda untuk membantah mengenai cara data peribadi anda diproses.
Kemukakan hak anda di sini:
<enter email>
<enter name>
<right drop down + explanatory>
<free text>
Undang-undang perlindungan data Kesatuan Eropah juga mengandungi hak untuk anda tidak tertakluk kepada keputusan yang dibuat hanya pada pemprosesan berautomat, yang termasuk pemprofilan. Seperti yang dinyatakan di atas, tiada keputusan yang dibuat oleh kami berkaitan penggunaan data anda yang berdasarkan pemprosesan berautomat tanpa intervensi manusia.
Apa yang kami mungkin perlukan daripada anda
Di mana anda ingin menuntut hak yang disenaraikan di atas, kami mungkin perlu meminta maklumat terperinci daripada anda untuk membantu anda mengesahkan identity anda dan memastikan hak anda untuk mengakses data peribadi anda (atau untuk menuntut mana-mana hak anda yang lain). Ini adalah langkah keselamatan untuk memastikan bahawa data peribadi tidak didedahkan kepada mana-mana individu yang tidak berhak untuk menerimanya. Kami juga mungkin menghubungi anda untuk meminta anda maklumat lanjut berkaitan permintaan anda untuk mempercepatkan respons kami.
Di mana kami tidak dapat memastikan sama ada maklumat yang anda minta berkaitan secara eksklusif kepada anda, pendedahan maklumat sedemikian kepada anda mungkin membawa risiko keselamatan kepada pihak ketiga (contohnya, di mana kuki dikaitkan dengan peranti dan digunakan oleh lebih daripada seorang individu). Kami akan menilai setiap permintaan untuk menjalankan mana-mana hak yang tersenarai di atas secara individu mengikut kalayakan masing-masing dan akan mendedahkan maklumat yang diminta di mana kami berpuas hati bahawa pendedahan seperti itu tidak membawa risiko privasi kepada mana-mana pihak ketiga.
Perkara-perkara lain untuk diketahui
Dalam tinjauan kami, kami mungkin bertanya anda mengenai pendapat atau interaksi anda dengan laman web, aplikasi, rangkaian sosial yang terkenal dan sebagainya. Sering kali, kami mungkin memasukkan logo mereka ke dalam tinjauan kami supaya anda tahu laman yang mana kami sedang bincangkan. Kenyataan bahawa kami menggunakan nama atau logo mereka bukanlah satu pengendorsan, pemberian kuasa atau perlambangan bahawa kami bersekutu dengan pihak ketiga tersebut, atau pun pengendorsan privasi atau dasar serta amalan keselamatan maklumat. Ia juga tidak bermaksud bahawa kami akan berkongsi sebarang keputusan dengan mereka secara langsung, walaupun ada di antara mereka mungkin menjadi pelanggan kami.
Kami akan mengambil semua langkah yang perlu untuk memastikan bahawa data anda dikendalikan dengan selamat dan menurut Dasar Privasi ini. Malangnya penghantaran maklumat melalui internet tidaklah benar-benar selamat, dan walaupun kami akan melakukan yang terbaik untuk melindungi data anda, kami tidak boleh menjamin keselamatan data yang anda hantarkan kepada kami; dan oleh yang demikian sebarang penghantaran adalah atas risiko anda sendiri.
Hubungi Kami
Jika anda ingin bertanya sebarang soalan kepada kami, sila hubungi kami di privacy@globalwebindex.com. Atau anda boleh mengutus surat kepada kami di alamat berikut:
Trendstream Limited
Nexus Building
Floor 2
25 Farringdon Street
London
EC4A 4AB